|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
TUGAS KAKITANGAN MAKMAL
(Tugas-tugas ini adalah
sebelum penggubalan Standard Kompetensi Pembantu Makmal
Pelajaran - 2006)
PEMBANTU
MAKMAL/PEMBANTU MAKMAL RENDAH/ PEMBANTU AM RENDAH
1.
Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan
meminta sebut harga dari syarikat -syarikat yang tertentu pada
awal tahun ( sebelum penggal persekolahan.
2.
Menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah
dibuat melalui Guru Kanan Sains/Pengetua.
3.
Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua
berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains.
4.
Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
5.
Menyediakan bahan keperluan yang diminta oleh guru sains.
6.
Menjaga makmal dan memastikan makmal berkeadaan bersih kemas
dan selamat.
7.
Memastikan bahan/ubatan di dalam kotak kecemasan sentiasa
mencukupi.
8.
Mengutamakan langkah keselamatan dalam sesuatu kecemasan.
9.
Memastikan radas dan bahan kimia dikembalikan ke tempat asal
selepas digunakan.
10.
Memastikan bilik makmal berada dalam keadaan kemas dan bersih
serta semua tingkap dan penutup gas besar/ paip ditutup
sebelum mengunci makmal.
11.
Menjalankan tugas-tugas harian/rutin.
11.1.
Menyediakan radas-radas dan larutan kimia untuk eksperimen.
i.
Menyediakan 8 - 10 set radas sains yang diperlukan oleh guru
sains untuk eksperimen.
ii. Mengisi botol-botol reagent, aspirator dengan
larutan kimia, larutan indikator dan larutan lain yang
sentiasa mencukupi serta menukar label di botol reagent jika
perlu.
iii. Menyediakan carta-carta, projektor slaid, OHP,
slaid Mikroskop dan transparensi untuk pengajaran sains.
iv. Menyimpan dana mengemas radas-radas yang telah
digunakan ke tempat asalnya.
v. Melengkapkan radas pelajar di makmal Kimia dan
Makmal Fizik.
11.2
Membuka, mengunci dan menjaga keselamatan dan kebersihan
makmal:
i.
Membuka Makmal Fizik, Biologi dan kimia serta setor.
ii. Membersihkan makmal Fizik, Kimia, biologi dan
makmal sains lainnya serta setor.
iii. Membersihkan papan hijau, sinki, meja guru,
meja pelajar serta almari wasap dan sebagainya.
iv. Mencuci dan mengelap radas-radas kaca.
v. Menguruskan troli-troli eksperimen supaya
sentiada berada dalam keadaan bersih dan teratur.
vi. Mengembalikan alat-alat reagent botol kimia,
model sains, carta dan radas lain ke tempat asalnya selepas
eksperimen dijalankan.
vii. Mencuci bilik makmal dan longkang-longkang
dalam makmal pada hari Sabtu dan Cuti penggal sekolah.
viii. Mengecat permukaan meja guru, pelajar di
makmal pada cuti penggal sekolah.
ix. Memastikan lampu, kipas, tingkap-tingkap dan
pintu makmal dan stor dititup dan dikunci sebelum pulang.
11.3.
membantu mengurus, buku stok/inventori.
i.
Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli
serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku utama dan
kad stok.
ii. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang
dalam borang pesanan.
iii. Menyemak stok di Makmal fizik, biologi, kimia
dan mencatat dalam buku stok.
iv. Menyemak stok BBM.
V. Menyemak alat-alat yang pecah dan rosak dan
merekodkan di dalam buku stok.
11.4.
Memastikan semua radas/alatan dan bahan kimia berkeadaan baik
dan berfungsi.
i.
Memasang klip buaya pada dawai.
ii. Menyelenggarakan alat-alat elektronik,
mikroskop, kaki retort, penunu bunsen, neraca kimia, model
bahan bantu mengajar.
iii. Melaporkan kerosakan sinki, papan hijau dan
kerosakan lain kepada Guru Kanan Sains.
11.5.
Menyediakan radas dan bahan kimia untuk percubaan Amali Sains,
hari sains dan sebagainya.
i.
Mengira stok radas dan bahan kimia dan menyediakan senarai
pesanan untuk amali sains.
11.6.
Menjalankan tugas-tugas lain yang di arahkan pengetua,
Penolong Kanan dan Guru Kanan Sains.
i.
Mengambil kunci makmal di pejabat dan membuka makmal sebelum
pembelajaran dimulakan.
ii. Menyediakan alat-alat, perkakas-perkakas,
bahan-bahan kimia, reagent-reagent kimia dan lain-lain yang
diperlukan untuk sesi amali pada hari berkenaan, seperti
dikehendaki oleh guru sains.
iii. Berada dalam makmal dan membantu guru sains
mengelola sesi amali yang dijalankan.
iv. Mencatat nama bahan kimia, alat/radas yang baru
diterima ke dalam buku stok Utama pada hari yang saama
diterima.
V. Mencuci alat/radas sains yang kotor.
Vi. Mengembalikan alat-alat reagent -reagen kimia
dan lain-lain ke tempat asalnya.
Vii) Membersihkan meja kerja pelajar dan guru.
Viii) Membersihkan papan hijau.
ix) Memastikan semua paip gas, paip air, lampu dan
kipas telah ditutup.
X) Menyapu lantai makmal dan bilik persediaan.
Xi) Mencuci semua singki, meja-meja makmal, almari
wasap, papan hitam dan sebagainya.
Xii) Membuang sampah.
Xiii) Menutup tingkap dan mengunci pintu makmal
serta mengembalikan kunci makmal ke pejabat.
Xiv) Mengisi botol-botol reagent dengan larutan
kimia dan menukar label di botol jika perlu.
Xv. Menolong pembantu makmal, guru sains
menyediakan larutan-larutan reagent kimia, larutan indikator
dan lain.;ain.
xVi.
Mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk percubaan pada
minggu berikutnya.
Xvi). Mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk
percubaan pada minggu berikutnya.
Xvii) Menolong pembantu makmal dan guru sains di
dalam perkara-perkara berikut:
*
Membuat alat-alat sains saripada bahan-bahan tempatan dan
lain-lain.
*
Memperbaiki radas-radas/bahan kimia atau biologi yang rosak.
*
mengecaskan bateri-bateri bekal.
*
menyediakan radas yang diperlukan untuk percubaan pada minggu
berikutnya:
*
menajamkan alat-alat /pemotong dalam makmal Biologi.
Menyenaraikan
radas/radas sains yang telah dipecahkan oleh pelajar dan
alat-alat memerlukan servis.
*
mencuci peti sejuk.
*
mencuci akuarium dan tempat-tempat memelihera
binatang-binatang jika ada.
*
mencuci bilik makmal dan longkang-longkang.
*
mengecat bilik makmal.
*
Mengecat permukaan meja-meja makmal.
*
memastikan keadaan penyambung paip gas dalam longkang bilik
makmal dan juga keadaan baik. Paip-paip gas dan air jika
berkarat atau mungkin berlaku kebocoran, lapor kepada pembantu
makmal/guru kanan sains.
*
Mencuci dan gris alat-alat ukuran supaya tidak berkarat dalam
tempoh cuti sekolah.
Peringatan:
Ada alat yang
tidak dicuci dengan air . Gunakan minyak atau cairan yang
sesuai.
*
Mencuci semua teropong halus.
*
membuat alat-alat sains daripada bahan-bahan tempatan, jika
perlu.
*
menolong pembantu makmal dan guru sains mengemaskini stok
tahunan.
*
membaiki papan hijau dalam tiap-tiap bilik makmal (Jika perlu)
*
Membaiki atau membetulkan almari wasap (fame Cuboard) dan
rumah-rumah binatang (Jika perlu).
11.7 menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Pengetua/ Penolong kanan /Guru ketua bidang sains.
Dipetik
daripada buku panduan staff sekolah.
TUGAS-
TUGAS PEMBANTU MAKMAL
(VERSI
KEDUA)
Pembantu
Makmal merupakan kakitangan yang memainkan peranan yang sangat
penting dalam pengurusan makmal sains di sekolah. Beliau
bertanggungjawab menyediakan alat, radas, bahan kimia atau
bahan biologi untuk digunakan dalam pengajaran-pengajaran
sains serta mengendalikan kerja-kerja lain yang berkaitan
dengan pengurusan makmal termasuk kebersihan makmal.
1.
Membantu ketua jabatan Sains menguruskan stok jabatan sains
dan matematik.
2.
Membantu ketua jabatan sains dan amatematik dalam pesanan
pembelian dan penerimaan dan penyediaan L.O
3.
Membeli bahan-bahan yang tertentu seperti bahan-bahan biologi
dan runcit.
4.
Bertanggungjawab terhadap keselamatan makmal, air , elektrik
dan gas.
5.
Mengawasi dan memberi panduan kepada kakitangan di bawah.
6.
Mengadakan In-house traning kepada kakitangan baru
7.
Membantu ketua jabatan dan ketua panitia dalam amali sains.
PEMBANTU
MAKMAL RENDAH DAN PEMBANTU AM RENDAH
Pembantu
makmal Rendah dakan menjalankan tugas pembantu makmal bila
diperlukan.
1.
Menolong guru-guru sains dalam menyediakan sesuatu percubaan,
termasuk penyediaan larutan.
2.
Mencacatkan di dalam buku stok radas-radas dan bahan-bahan
yang diberikan oleh jabatan.
3.
Menjaga kad stok unit dan menentukan ianya sentiasa lengkap.
4.
Membuat cacatan dalam buku kerosakan, kemalaangan, pinjaman
dan lain-lain yang berkaitan.
5.
Bertugas tidak kurang daripada 8 jam (termasuk masa makan)
pada hari persekolahan, penyusunan jadual bertugas terserah
kepada pihak jabatan dan sekolah.
6.
Membuka pintu dan tingkap makmal pada awal pagi.
7.
Mempastikan bahawa keadaan makmal adalah sentiasa bersih dan
sesuai untuk pengajaran-pembelajaran.
8.
Mengkaji buku/borang pesanan guru untuk kerja amali di makmal
bagi mempastikan bahawa peralatan sains, bahan limia dan
lain-lain keperluan telah disediakan dalam keadaan yang
berfungsi sebelum kerja amali dimulakan.
9.
Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat
dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan.
10.
Memelihera dan menjaga tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang
diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran.
11.
Selepas setiap sesi amali, kakitangan makmal hendaklah:
a.
Mencuci , membersihkan alatan sains yang telah digunakan.
B.
Mengembalikan semua alatan sains, bahan kimia , reagen kimia
dan sebagainya yang telah digunakan ke tempat asal
masing-masing.
C.
Membersihkan meja akerja pelajar, meja guru, papan hijau dan
sinki serta mempastikan bahawa semua paip gas, paip air, kipas
dan lampu elektrik ditutup.
D.
Selepas kelas amali yang terakhir setiap hari, kakitangan
makmal hendaklah.
I.
Mengosongkan tong sampah yang terdapat dalam makmal.
ii. Menutup pili utama bekalan gas.
iii. Menutup tingkap, pintu makmal dan kemudian
mengunci makmal dan kembaliakan kunci ke pejabat sekolah.
TUGAS-TUGAS
PADA HARI SABTU
1. Menyediakan larutan reagen kimia, larutan
penunjuk dan sebagainya.
2.
Menokok tambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia
yang berkenaan. Tukarkan label pada botol reagen jika perlu.
3.
Mereka buat peralatan sains (jika perlu0 dari bahan-bahan
tempatan atau peralatan sains yang tidak digunakan lagi.
4.
Memperbaiki peralatan sains yang mudah yang telah rosak.
5.
Mengecas dan discas akumulator.
6.
Menyelenggarakan peralatan sains seperti menajamkan alat
pemotong.
7.
Mengemaskinikan butir-butir dalam buku stok berdasarkan rekod
invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi
yang baru diterima.
8.
Mempastikan bahawa semua peralatan sains , bahan kimia dan
bahan biologi disusun dengan teratur.
9.
Membersihkan bilik makmal termasuk longkang dan sinki.
10.
Memeriksa, menyelenggara kemudahan maakmal termasuk perabut,
bekalan elektrik, air dan gas , jika berlaku sebarang
kerosakan ataua kebakaran. Laporkan perkara ini dengan segera
kepada pihak sekolah.
11. Menyemak semula dan mempastikan bahan yang
beracun serta merbahaya adalah disimpan mengikut peraturan
yang ditetapkan.
12. Membantu ketua jabatan Sains menyemak dan
mempastikan bahawa alat melawan api dan peti pertolongan
cemas adalah lengkap.
TUGAS-TUGAS
KHAS PADA MASA CUTI SEKOLAH
1.
Mengecat permukaan meja makmal dan alatan sains dan sebagainya.
2.
Menyemak stok peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi
dalam makmal dan mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok
berdasarkan rekod.
3.
Membantu ketua jabatan Sains dalam kerja hapuskira, pelupusan
dan anggaran belanjawan.
4.
Membersihkan bilik makmal.
Selain
daripada yang tersebut di atas, kakitangan makmal hendaklah
juga menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Guru
Penolong kanan, ketua jabatan dan ketua panitia sains dari
masa ke semasa.
|