|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMAL
SAINS
Peti pertolongan cemas
Peti pertolongan cemas yang lengkap
hendaklah disediakan SEKARANG juga tiap-tiap makmal dan bilik
persediaan.
Saiz peti pertolongan cemas mesti
sesuai untuk mememuatkan semua kelengkapan yang disenaraikan
dalam 2 di bawah.
Peti hendakalah dicatkan warna
putih dan perkataan ‘ PETI PERTOLONGAN CEMAS’ ditulis dengan
cat merah dibahagian hadapannya.
Jangan kuncikan peti ini pada
bila-bila masa.
Peti ini hendaklah di letakkan di
bahagian hadapan bilik makmal dan di tempat yang sesuai di
bilik makmal .
Senaskah buku panduan pertolongan
cemas hendaklah di masukkan dalam peti ini.
Kandungan peti pertolongan cemas
Tiap-tiap benda yang berada dalam
peti pertolongan cemas hendaklah dilebel dengan terang dan
kegunaanya hendaklah nayatakan dan pastikan bahawa benda-benda
disimpan dalam keadaan yang bersih.
Peti pertolongan cemas
sekurang-kurangnya hendaklah mengandungi benda-benda seperti
berikut:
a) Antiseptic
i) Acraflavine yang di
gunakan untuk luka baru
ii) Cetavlon (salvon)
yang di gunakan sebagi pencuci luka
ii) Eusol yang di
gunakan untuk luka lama
b) Cream
i) Burnol
ii) Paraffin Gauge
Kedua-dua untuk rawatan
terbakar atau melepuh
c) Jenis balutan
i) Pembalut kain kasa
1 inci, 2 inci dan 3 inci lebar masing-masing
ii) Kain kasa
iii) kapas
iv) Andoh tiga segi
d) Zinc Oxide Plaster
e) Penyepit dan gunting
Peti pertolongan cemas
a) Amaran
Jika sesorang yang ditimpa
kemalangan itu disyaki patah tulang atau cedera dalam badan,
panggil ambulan atau doktor dengan serta merta. JANGAN alihkan
pesakit dari tempatnya.segala kemalangan yang berlaku dalam
makmal yang disyaki serius hendaklah mendapat rawatan
perubatan daripada doktor.
b) Melepuh
i) Melepuh terkena asid atau alkali
Basuh secukupnya dengan air,
misalnya dengan membasuh di bawah air paip yang terbuka selama
10 minit.
Semasa merawat melepuh terkena asid
atau alakali adalah penting menggunakan air yang banyak bagi
menbasuhnya dan bahan penuetral tidak digunakan sehingga
selepas bahagian terjejas dibasuh dengan air. Jika pengawasan
ini diabaikan, haba dari larutan bahan penuetral mungkin akan
merosakan lagi bahan yang terjejas.
ii) Melepuh terkena bahan panas
Jika tidak teruk letakkan bahgian
anggota yang terjejas itu di bawah air yang mengalir selama
beberapa minit, kemudian biarkan terdedah kepada udara.
Jika teruk sebahagian besar anggota
yang melepuh atau kulit melupas lekatkan selurat badan yang
terjejes itu dengan pedap kain kasa yang kering dan
bersih.Jangan sapu apa-apa minyak, ubat serbuk. Balut
disekeliling pedap ini dengan kain pembalut dan tentukan
bahawa pembalut tidak terlalu ketat.
c) Kebakaran
i) Kebakaran bahan uji
Adalah mustahak untuk memadam api
secepat yang mungkin demi mencegah berlakunya kecederaan yang
lebih teruk. Tutup semua penunun gas, tutup litar elektik
disekitardan pindah atau keluarkan apa-apa benda yang boleh
terbakar.Kawalan api adalah bergantung kepada saiz dan jenis
kebakaran.
Kebakaran kecil (misalnya kebakaran
alkohol dalam bikar) biasanya boleh dipadam dengan menutupnya
dengan kain lembab yang bersih. Api akan padam apabila
kekurangan udara.
Api yang lebih besar biasanya boleh
disimbah dengan pasir kering . Pasir yang telah disimbahi
hendaklah dibuang kerana ia mungkin menggandungi bahan
meruapyang mudah terbakar.Selaian daripada itu api boleh
dipadam dengan menggunakan pemadam api karbon dioksida atau
busa.
Ii) Kebakaran pakaian
Jangan biarkan sesorang yang
pakaiannya terbakar berlari dengan mengibas-ngibaskan api.
Suruh ia merebahkan badannya dan balut badannya sekejab-kejab
dengan gebar kalis api hingga padam.Rawat mana bahagian kulit
yang melepuh.
Iii) Kelas api dan alat pemadam api
yang sesuai digunakan adalah seperti di bawah:
KELAS API DAN JENIS
PEMADAM API .
|
KELAS API
|
CONTOH
|
ALAT PEMADAM API YANG SESUAI
|
|
A Api pepejal
|
kayu, kertas, kain, getah dan
lain-lain
|
Air, Air karbon dioksida,
serbuk kering (dry powder)
|
|
B Api cecair - boleh
dibahagikan kepada 2 kumpulan:
i. Bercampur dengan air
ii. Tidak bercampur dengan air
|
- netil alkohol, etil alkohol,
aseton , oceton, octana, pentana - minyak, petrol
|
Semburan air Busa (foam)
Cecair bersejat seperti BCF
Gas karbon dioksida Serbuk
kering (dry powder)
|
|
C
Api Gas atau Gas Cecair
|
- berupa pertumpah cecair,
kebocoran gas atau cecair
Contoh: methane, propane,
butane dan lain-lain
|
Busa (foam)
Serbuk kering (dry powder)
Air - berupa semburan untuk
menyejukkan tangki.
|
|
D
Air Logam
|
- Kalium, natrium, kalsium,
megnesium, Aluminium, zink dan lain-lain
|
Dry Powder, pasir kering, simen
kering, powder graphite, powder talc, abu soda.
|
|
|
|
|
D). KECEDERAAN MATA
I) Benda pepejal
dalam mata
jika benda itu tajam atau merupakan
kaca. JANGAN cuba mengeluarkannya. Minta pesakit supaya
jangan mengosokkan mata. Tutup mata itu dengan pedap kain
kasa yang tebal dan lembut. Bawa pesakit berjumpa doktor
dengan serta-merta.
Ii) Kekotoran melekat di
mata
Lentokkan kepala pesakit dan
kemudian mengalirkan air ke dalam mata dari botol basuh. Juga
boleh meminta pesakit buka dan tutup matanya berulangkali di
dalam basin yang mengandungi air yang bersih. Jika ini
berjaya untuk mengeluarkan kekotoran. Gunakan bucu saputangan
yang dibasahkan. Jika perlu kelopak mata bawah boleh ditarik
ke bawah dan kelopak mata atas diterbalikkan. Sekiranya masih
gagal, ikuti cara (i) di atas.
iii). Mata dimasuki asid atau
alkali
Dengan serta-merta, basuh mata
dengan air mengalir secukupnya atau membuka dan menutup mata
berulang-ulang dalam basin yang mengandungi air bersih. Tutup
mata dengan pedap lembut dan bawa berjumpa doktor.
E). Renjatan Elaktrik
Matikan suis arus elektrik dengan
serta-merta . jika ini tidak boleh berlaku, jangan sekali-kali
menyentuh badan orang yang terenjat elektrik. Dengan berdiri
di atas kayu kering, getah atau kertas tebal atau apa-apa
bahan bukan pengalir, cuba pisahkannya daripada litar arus
dengan menggunakan sebatang kayu yang kering. Jika
pernafasannya terhenti, jalankan pernafasan luar biasa. Bawa
pesakit berjumpa doktor dengan serta- merta.
F. Tersedut Gas Beracun
Sesiapa yang tersedut gas beracun
hendaklah dibawa keluar dari makmal ke udara yang bersih.
Jika tersedut gas bromin atau klorin, ubat penghidu ammonia
boleh digunakan. Jika masih tidak pulih, hendaklah dibawa
berjumpa doktor.
|