|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
TEKNIK-TEKNIK ASAS BIOLOGI
Teknik-Teknik
Asas Bakteria
Sebelum
anda memulakan kerja amali berhubung dengan semaian
bakteria, anda perlu ingat tentang perkara-perkara berikut:-
1. Pelupusan Sisa-sisa Semaian:
Walaupun
bakteria patogenik ( Patogen ) Sekali-kali tidak boleh
digunakan didalam kerja-kerja amali. Patogen ini boleh hidup
dan menbiak jika keadaan sekeliling sesuai bagi pembiakan
bakteria seperti ini .Bakteria sentiasa terdapat di udara dan
bakteria patogenik boleh dibawa oleh penutut-penutut yang
sakit jika terdapat tempat semaian yang sesuai bakteria boleh
menbiak dengan pesatnya pada tahap yang sangat yang merbahaya.
Kedua, Bakteria takpatogenik boleh mutet ( mutate ) untuk
menjadi patogen. Masalah disin adalah untuk mengetahui
mana-mana bakteria yang boleh menjadi mutan patogenik. Sebab
inilah maka semua bakteria mesti dianggap sebagai potensi
patoogen.
Semaian
hendalah dihapuskan dengan cara:
a) Semaian
air daging yang direbus, kaldu, bubur,
i. Jika semaian tak spora ia
boleh dihapuskan dengan cara membuka penutup dan
merendangkan tub (bekas) dalam larutan 10% lysol. Satu bekas
khas mestilah disediakan didalam makmal untuk tujuan ini dan
dilebel dengan terang.
Piring
petri hendaklah juga direndam dalam 10% larutan lysol.
ii. Jika
semaian spora, semaian ini hendaklah dipanaskan hingga 121
darjah celcius 15 minit di dalam oven ( 15 Ib - in 2 tekanan
). Jika organisma spora hendaklah digunakan satu bekas lain
yang berlebel hendaklah digunakan, dan mesti ditutup. Bekas
ini akan dipanaskan dalam oven. Kedua-dua semaian ini
hendaklah dicampakkan ke dalam sinka dan di lupuskan dengan
air yang banyak atau dengan cara yang lebih baik, iaitu
dilupuskan di dalam jamban.
b) Semaian
agar-agar pepejal hendaklah dibungkus dalam kertas dan dibakar
. Piring atau bekas hendaklah direndamkan 10% lysol.
Penting
:
Jika ubi kentang berbentuk sedang hendaklah digunakan, mungkin
murid-murid akan membuat ujikaji di rumah. Oleh itu ubat
pembasmi kuman yang kuat ( disifectant ) hendaklah digunakan
sebelum semaian dilupuskan.
1.1. Penggunaan pakaian luaran adalah digalakkan.
1.2. Jika semaian bakteria terjatuh di atas meja, kerusi atau
lantai, anda hendaklah:
Mencucinya dengan 3% lysol, dengan serta merta. Keadaan
seperti ini hendaklah
dianggap bahaya.
1.3. Begitu juga jika semaian bakteria terkena tangan anda
hendaklah membasuh tangan dengan larutan lemah centrimide,
lysol.
1.4. Kedua belah tangan hendaklah dibasuh sebelum dan selepas
kerja-kerja amali.
1.5. Makanan TIDAK boleh dimakan didalam makmal.
1.6. Apabila permuka cecair pecah beberapa titik cecair akan
terjadi. Kebanyakannya akan terjatuh ke lantai, tetapi yang
paling kecil akan terapung-apung di udara. Jika cecair berwap,
bakteria akan terapung-apung di udara. Jika kumin ini disedup
ianya akan segera masuk ke dalam paru-paru membiak dan
membinasakanya.
Selalunya cuai menyedut cecair dengan pipet menyebabkan
pencemaran udara. Apabila semaian tumbuh di atas semaian bahan
tara pepejal dalam botol bertutup, skru membuka penutup ini
akan melepaskan kumin-kumin ke udara. Selalunya, satu lapisan
bendalir ini akan pecah dan melepaskan titik bendalir
terapung-apung di udara.
1.7. Jangan sekali-kali menjilat label dan menggunakan mulut
untuk menyedut pipet.
1.8. Bangku dan meja hendaklah di basuh dengan bahan pembasmi
kuman sebelum dan sesudah kerja amali.
1.9. Merokok tidak di benarkan di dalam makmal.
2. Bahan tara
semaian:
Jarang sekali identiti organisma mikro dapat dikenali melalui
sifat-sifat sruktur sahaja. Mereka misti dipelihara dengan
menggunakan bahantara tiruan dan satu organisma mesti di
biakan berasingan.
2.1. Jenis-jenis bahantara:
a) Cecair atau Pepejal
Kegunaan bahantara cecair tidak
menampakkan bahan semaian dengan nyata. Dengan itu penggunaan
bahantara cecair tidak digalakkan kecuali untuk ujian
biokimia tertentu.
Bahantara pepejal biasa
digunakan sebab ia menampakan kebiasaan sifat pertumbuhan bagi
satu-satu bakteria.
b) Air
Air paip tidak sesuai untuk kerja
ini.Selalu gunakan air suling atau air tak- ionik. Air
tak-ionik lebih sesuai dan menjimatkan masa. Ianya mempunyai
kelebihan senang di angkup dan tidak memerlukan haba atau
tenaga elekrik walau bagaimanpun mungkin terdapat larutan
sebatian organik yang terjadi daripada resimdan akan memberi
kesan terhadap protozoa.Air mestilah mengandungi 1.5 p.p.m. (
bahagian dalam sejuta bahagian ) garam. Dengan demikian air
suling berlogam tidak sesuai digunakan.
c) Agar-agar
Agar-agar sebenarnya adalah sejenis
polysacharide. Dalam larutan bercair ia mengeluarkan satu gel
yang tidak cair di suhu yang tinggi. Hanya sebilangan kecil
bakteria samudera yang akan menyebabkan ia rosak dan berair.Ia
juga tidak menambah sifat-sifat noritif satu-satu bahantara
dan juga bebas dari bahan-bahan pertumbuhan.
Takat lebur dan pemejalan adalah berbeza. Kebanyakan agar-agar
lebur pada 95 darjah celsius dan memejal pada 45 celsuis. Ini
bermakna Nutrium yang sensitif pada haba boleh di tambah pada
suhu yang agak rendah.
Setelah steril ( dibersih dari kuman ) agar-agar boleh
dibiarkan memejal dan disimpan untuk keggunaan masa hadapan,
tetapi ianya mesti di lebur dengan sedikit haba dan digunakan
terus.
Jika agar-agar disediakan dalam masa yang pendek, adalh lebih
baik ianya disimpan dalam bentuk cecair dalm air panas 45- 50
darjah celsius. Ini adalah untuk mengelak pembuagan masa dalm
memanaskannya pada suhu yang tinggi.
2.2 Memilih
bahantara
Ini bergantung kepada jenis organisma dan sifat cara
penyelidikan.
Jika satu bahantara dipilih dengan PH diluar banjaran kulat (
fungsi ), bakteria akan hidup tetapi pertumbuhan kulat akan
terhap.Bakteria biasanya di biakkan di tas agar-agar nutrium
manakala kulat di biakkan di atas agar-agar ubikentang
dekstrosa. Untuk keja-kerja amali agar-agar lain digunakan.
2.3. Bekas
untuk bahantara
Jika banyak bahantara hendak di buat, satu kelalang bertutup
kapas bulu hendaklah digunakan. Ini juga mesti digunakan jika
hedak digunakan.Gunakan botol tabung uji dengan penutup getah
gabus atau logam jenis lekat kertas ( slip-on ) dan bertutup
jenis skru juga boleh digunakkan.
Penutup logam lekat di atas, mempunyai kelebihan yang ia boleh
digunakkan berulang kali tetapi tidak berguna jika semaian
hendak disimpan. Kapas bulu boleh digunakkan untuk semaian
yang hendak disimpan, tetapi mesti dibuang selepas di gunakkan.
Juga, jika suhu dan tekanan bertukar udara masih boleh masuk
ke dalamnya. Udara akan ditapis apabila ia melalui kapas bulu,
tetapi perlindungan ini tidak terdapat pada penutup logam
jenis lekat ke atas.
3. Penstrilan
( basmi kuman )
Untuk membiakan sesuatu mikro organisma, mikro organisma yang
lain hendaklah di pupuskan dengan cara penstrilan.
Ada dua cara penstrilan:
3.1 Haba
i. Haba kering
Haba kering mungkin membunuh
dengan cara pengoksidaan yang
membinasakan beberapa juzuk sel
tertentu.
ii. Haba lembat
Haba lembat lebih berkesan kerana
kelembapan membunuh dengan
cara pengumpulan dan mengnyahaslikan ( denaturing ) protein
dan enzin, satu proses yang memerlukan air.
Masa yang diperlukan lebih kurang 15
minit, pada 121 darjah celsius. Masa yang lebih lama
hendaklah diberi jika terdapat banyak bakteria.
Jenis bahan di dalam mana mikro organisma dipanaskan akan
memberikan kesan kepada kecepatan pembinasaan. Bahan kinia
organik biasanya melindungi organisma. Lemak yang lembab
menghalang kemasukan air dalam organisma. Penentangan haba
oleh spora adalah maksima pada nilai ph nuetral.
3.2. Bahan
kimia
Hanya
beberapa bahan sahaja yang mempunyai kesan ke atas spora.
Perkataan disinfectant dan antiseptik digunakan kepada bahan
kimia yang berlainan, walaupun kedudukannya memberi maksud
pembasmi kuman. Bahan disinfectant merupakan bahan kimia yang
toksik (Bisa ataua racun) . Bahan antiseptik tidak toksik dan
boleh dikenakan pada bahagian luar tisu hidup.
Jenis Bahan
Kimia.
A.
Antiseptik dari kumpulan phenol - seperti lysol (biasanya 3%
dalam larutan air)
Ia bertindak
dengan cara pengumpulan protein.
B.
Halogen - hipokrip biasa digunakan. Helogen tidak dapat
bertindak adalam bahan organik yang berkesan ke atas spora.
Selalunya helogen digunakan dengan bahan pembasuh. (Cecair).
Kerana organik terutamanya kesan lemak .
c.
Etilalkohol - selalunya berkesan diantara 50 % - 70 % tetapi
tidak berkesan dalam kekuatan selebihnya. Bahan ini digunakan
terutamanya untuk menyejuk siku platinun, setelah dipanaskan
dalam anyalaan api apabila tidaak digunakan. Alat penstrilan
boleh disimpan dalam alkohol.
D.
Formeldehyde
Bahan ini sangat berguna kerana ia boleh dikenakan ke atas
bahan yang akan rosak akibat dipanaskan. Selalunya digunakan
dalam larutan 0.1 hingga 0.5 % .
e.
Sabun dan bahan basuh. - Tindakan adalah disebabkan oleh
kepekatan pada permukaan antara air dan objek, membawa kepada
menurunnya tekanan permukaan dan sebab itu sel-sel akan binasa.
F.
Certimide dan keloros - kedua-duanya boleh didapati dari kedai
kimia tempatan, tapi tidak berkesan terhadap spora.
3.3.
Teknik-Teknik Penstrilan Yang Selalu Digunakan Di
Sekolah-Sekolah.
A.
Siku inokulasi (inoculating loop) dan titik-titik forcep .
panaskan
dalam nyalaan bunsen sehingga panas merah.
B.
Mulut-mulut tub semaian, penutup kapas bulu, slide klip
penutup skalpal dan jarum.
Stril dengan
melakukannya dalam api bunsen tanpa bahan itu menjadi panas
merah.
C.
Piring petri, tabung uji, kelalang, pipet dan semua peralatan.
Sebelum
penstrilan dijalankan , kelalang dan tabung uji hendaklah
ditutup dengan kapas bulu. Pipet hendaklah disalut oleh kertas
coklat (Brown paper) sila ambil perhatian iaitu
setengah-setengah kapas bulu mengeluarkan bahan coltaile
semasa dipanaskan dan akan melekat terus kepada akaca apabila
disejukkan. Oleh yang demikian gantikan dengan penutup logam,
letak di atas (Slip on metal caps) jalankan penstrilan pada
160 cesius untuk selama sejam.
Semua botol
bertutup jenis skeru mestilah distril dalam kukus tekanan.
D.
Lemak , Minyak dan Gris - stril dalam oven berudara panas.
Oven jenis
ini membenarkan haba panas masuk perlahan, bahan-bahan ini
hendaklah distril dalam lapisan nipis tidak lebih dari 0.5 cm
tebal dalama piring petri.
Apabila
amenggunakan oven udara panas, janganlah masukkan piring petri
sehingga sesak kerana udara hendaaklah dibiarkan bergerak
bebas.
Setelah
selesai , pintu oven tidak boleh dibuka dengan segera. Biarkan
sekurang-kurangnya 2 jam kerana barang kaca akan retak jika ia
dibenarkan sejuk terlalu cepat.
E.
Bahantara semaian, kapas bulu bahan berliang . penutup
mengandungi lapisan getah stril dalam kukus tekanan.
4.
Menuangkan ke dalam piring.
4.1.
Agar-agar mestilah cair tapi tidaklah panas daripada yang
boleh ditanggung oleh pipi anda sendiri. Jika ia dituang
terlalu panas (steaming) kondensasi akan terjadi pada penutup.
Kodensasi akan boleh terjadi suhu 45 celsius. Jika boleh,
panaskan sedikit piring itu. Kerja-kerja ini hendaklah
dijalankan jauh dari udara lembab.
4.2.
keluarkan penutup dari botol. JANGAN sekali-sekali letakkan
penutup di atas bangku, ini akan menyebabkan pencemaran.
Begitu juga botol tidaka boleh ditegakkan , ianya mesti
disendengkan.
4.3
Panaskan leher botol dalam nyalaan bunsen. Dengan tangan lain
angkat piring petri. Jangan buangkan penutup piring petri,
cuma ketepikan sedikit sahaja supaya bahantara dapat
dituangkan ke dalam.
5.
Suntikan Bahantara semaian.
Selalunya
siku platinam atau nikron digunakan dengan memanaskan di dalam
api bunsen.
5.1
menyuntik kaldu, bubur, air daging yang direbus atau sendeng
ubi kentang.
a.jika botol
bertutup jenis skru digunakan, longgarkan penutup sehingga
terletak di atas.
B.
Pegang botol tabung mengandungi semaian dan pegang betol yang
lain dengan tangan kiri.
C.
Panaskan siku platinum dengan tangan kanan.
D.
Kemudian masukkan siku platinum dalam 50% larutan alkohol.
E.
Ketepikan penutup botol yang hendak dijalankan suntikan dengan
jari tengah tangan kanan.
F.
Nyalakan lehir botol. Menyalakan leher botol tak semestinya
membunuh kuman bakteria, tetapi ia menahan bakteria dari masuk
ke dalam botol,
g.
Masukkan siku platinum ke dalam botol dan carikkan permukaan
semaian.
H.
Keluarkan siku platinum dan keluarkan penutup botol yang lagi
satu dengan jari empat tangan kanan.
I.
Masukkan siku platinum yang mengandungi semaian dan lerikkan
ke atas sendeng atau masukkan ke dalam bubur larutan daging
rebus, kaldu, keluarkan suhu platinum dan nyalakan sekali lagi.
J.
Nyalakan leher kedua-dua botol ataua tabung dan panaskan
penutup.
6.
Pengeraman. (Incubation)
Kebanyakan
bakteria memerlukan suhu 37 celsius untuk pembesaran optima.
pengeraman
semaian piring petri, hendaklah dengan cara membalikkan piring
petri supaya kodensasi air berlaku.
|