MAKMAL SAINS SEKOLAH

 

Home  > Seulas kata

Hari ini,
i

Peraturan Am Makmal

Peraturan Untuk Pelajar

Menyediakan Larutan
Kriteria Kecemerlangan Keselamatan Makmal Biologi
Keselamatan Makmal

Keselamatan Bahan Radioaktif

Menanggalkan Kotoran

Langkah Keselamatan
Sedia Larutan Biasa

Letupan Di Makmal

Penyelenggaraan Mikroskop

Projek 60 - 40

Sedia Pewarna

Penyediaan Sisip Mikroskop

Teknik Asas Kimia

Teknik Asas Biologi

Teknik Pengukuran

Pertolongan Cemas

Tugas Kakitangan Makmal

Pengurusan Stok

Awet Haiwan Kecil

Awet Akuatik

Awet Bahan Biologi

Forum SMKB

Sertai Egroup Makmal Sains

Latar Belakang

Seulas Kata Penyusun

Organisasi

Kakitangan Makmal SMKB

Panorama Makmal SMKB

Makmal SMKB

Ibnu Haiyan

Ibnu Khaldun

Ibnu Sina

Al Biruni

Al Kindi

Al Nafis

 

 

Link Ke Laman Berkaitan

Laman SMK Berangan

 

 

 

 

 


           Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan

Seulas Kata Webmaster

Bertolak dari rasa keinginan untuk mengongsi pengalaman dengan  saudara yang dihormati sekelian, saya  dengan bantuan rakan-rakan pembantu Makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan dan Kakitangan Makmal SMK Chabang Empat, Tumpat telah melakukan sedikit usaha ke arah menghasilkan beberapa laman web  berkaitan dengan  tugas-tugas kakitangan makmal di sekolah.

Ini adalah salah satu daripada laman yang dihasilkan dan  ianya lebih merupakan laman untuk dikongsi bersama rakan-rakan sejawatan kakitangan Makmal Sekolah seluruh Malaysia. Bagaimanapun ianya juga dapat dimanfaatkan oleh umum,  pada mana-mana bahagian yang berkaitan. Laman ini bukanlah  merupakan laman rasmi sekolah.

Dengan kemampuan pengetahuan yang amat berkurangan dan kemudahan yang berkurangan, saya pada mulanya menemui beberapa kesukaran , maklumlah secara formalnya saya tidak pernah belajar ilmu pengkomputeran ,apa lagi  yang berhubungan dengan bidang IT yang sangat pesat berkembangnya kini.

Begitupun saya tidak mahu terlalu jauh ketinggalan dibawa arus , lantas dengan sedikit usaha,  saya mula menggunakan internet dalam keadaan terhad  sebagai sumber rujukan untuk belajar bina laman web dan melalui egroup perbincangan melalui e-mel, saya bertanyakan rakan-rakan IT yang sememangnya bermurah hati mengongsi pengalaman untuk manfaat semua.

Saya juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas dorongan semangat dan bantuan dalam proses menaip bahan-bahan yang dilaksanakan oleh rakan-rakan pembantu makmal di dua buah sekolah yang saya pernah berkhidmat, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat , Tumpat yang saya sempat di situ selama kira-kira 12 tahun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan di mana tempat saya bertugas sekarang bermula Januari 2002.

Saya juga rakamkan terima kasih kepada rakan-rakan makmal-sains@ yahoogroups.com  kerana sempat berbicara dan berbincang tetang apermasalahan makmal sains walaupun peluang untuk bertemu secara nyata adalah agak sukar. Sudah memadai kita bertukar-tukar pengalaman dan saling bertanya tentang permasalahan yang dihadapi. Terima kasih.

Salam hormat,

 

Ediramle ismail

ediramle5@yahoo.it

ediramle@yahoogroups.com

edi@bukusiber.com

Tel:  0129032948

Pembantu Makmal , tugas kita adalah membantu memajukan negara.

                              
 

Hakcipta  - Ediramle dan rakan-rakan kakitangan Makmal Sains , SMK Berangan, Tumpat, Kelantan