|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
PENYEDIAAN
REAGEN YANG MUDAH DAN PENYEDIAAN PEWARNA BIASA BAGI BIOLOGI
11. LARUTAN
IODIN
CARA MEMBUATNYA:
larutkan 20 g pepejal kalium iodida dalam 1 liter air suling .
Masukkan 12.7 g pepejal iodin dan kacau hingga larut. Jika
terlalu, cair dengan air suling mengikut keperluan.
KEGUNAANNYA:
a. Menguji
kehadiran kanji - jika ada kanji warnanya bertukar ke biru
kehitaman.
B. Mengenal
tisu berkayu -- jika ada tisu berkayu warnanya kuning pekat.
C. Mengenal
tisu tidak berkayu - jika ada tisu tidak berkayu warnanya
kuning pucat.
1.2 LARUTAN ASITIK
ORCEIN
CARA MEMBUAT:
Pepejal orcein boleh dilarutkan dalam asid asitik lalu
menghasilkan larutan asitik orcein. Masukkan 45 cm3 asid
asitik tulin ke dalam sebuah kelalang yang mempunyai kondenser
refluks, campurkan 55 cm3 air suling ke dalamnya. Masukkan 3
gm pepejal orsein dan simpan dalam almari wasap. Jika
menggunakan kondenser refluks, tak payah menyimpan kelalang
dalam almari wasap. Selepas beberapa jam, masukkan manik-manik
kaca dan didihkan kelalang perlahan -lahan selama 2 jam. (
jika ada kondenser reflux, didihkan selama 1 jam) Sejukkan dan
kemudian turaskan. Bila perlu, campurkan 10 cm3 larutan
simpanan itu dengan 12 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA.
A. Untuk
mengenal bahagian kromosom yang akan berwarna merah.
1.3 LARUTAN
METHYLENE BLUE
CARA MEMBUATNYA:
campurkan 1 g methylene blue dan 0.6 g natrium klorida dalam
100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA;
a. Untuk
mengenal nuklius dalam sel.
1.4. LARUTAN EOSIN
CARA MEMBUATNYA:
larutkan 0.5g eosin dalam 100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA:
sebagai pewarna dalam air untuk mengesan pergerakan air dalam
xilem.
1.6 LARUTAN
SAFRANIN
CARA MEMBUATNYA:
Larutkan 1 g safranin dalam 100 cm3 etanol 50 % . rendamkan
tisu yang hendak diwarnakan itu ke dalamnya selama 1/2 jam.
Keluarkan dan basuh dengan air suling dan sediakan larutan
asitik - etanol dengan cara mencampurkan 1 cm3 asid astik
dengan 99 cm3 etanol 70% . Selepas tisu dibasuh dengan air
suling, rendam pula ke dalam larutan asitik - etanol untuk
menanggalkan safranin.
KEGUNAANNYA:
a. Mewarnakan
bahagian tumbuhan di mana nuklius, lignin dan kutikal menjadi
merah.
1.7 LARUTAN LAC
TOPHENOL - COTTON BLUE
Cara membuatnya:
Campurkan hablur fenol 20 g, asid laktik 20 gm , gliserol 40g,
cotton blue (metil biru) 0.05 g dan air suling 20 cm3. Rendam
tisu kulat dalam larutan itu selama 5 minit. Basuhkan dengan
air untuk menamggalkan pewarna yang berlebihan. Periksa di
bawah mikroskop.
KEGUNAANNYA:
a. Untuk
mewarnakan kulat.
1.8 LARUTAN
LEISHMAN
CARA MEMBUATNYA:
Hancurkan 0.2g serbuk pewarna Leisman dalam 10 cm3
metanol 100% dalam
sebuah lesung . Tambahkan metanol sedikit demi sedikit
sehingga menjadi 100 cm3 dan betul-betul larut.
Kemudian terus dan
disimpan di dalam botol yang tertutup rapi.Kemudian sediakan
larutan tampan Ph 6.8 dengan kaedah berikut;
i. Larutkan 9.1g
kalium dihidrogen fosfat menjadi 1 liter.
Ii. Larutkan 9.5 g
dinitarium hiderogen fosfat menjadi 1 liter.
Iii. Campurkan 50.8
cm3 larutan (i) dan 49.2 cm 3 larutan (ii)
Kemudian rendamkan
lapisan darah tersebut dengan pewarna Leishman selama satu
hingga satu setengah jam. Tambahkan sama banyak fosfat tampan
pH 6.8. Tiupkan dengan mulut supaya pewarna bergaul dengan
larutan tampan. Biarkan selama 10 minit. Basuh dengan aliran
air yang perlahan . Rendam dalam larutan tampan selama 30 saat
atau lebih. Keliarkan sisip dan biarkan kering dalam udara.
|