|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
MENYEDIAKAN
LARUTAN LARUTAN BIASA DALAM MAKMAL BIOLOGI
1 :
LARUTAN BENEDIT
CARA
MENYEDIAKANYA:
Larutkan 174g
natrium sitrat, 100g natrium karbonat dan 17.3 g kuprum sulfat
dalam air suling menjadikannya 1 liter.
KEGUNAANNYA: Menguji kehadiran gula penurun- jika ada
apabila campuran itu dipanaskan, ia akan menghasilkan mendakan
merah beta.
2.
LARUTAN BIKARBONAT
CARA
MEMBUATNYA:
Campurkan 0.2g timol biru, dan 0.1g kresol merah dalam 20 cm3
etanol. Kemudian tambah 0.84 g natrium hidrogen karbanat dan
900 cm 3 air suling, kemudian alirkan udara melaluinya selama
beberapa jam. Bila hendak digunakan cairkan 10 x dengan air
suling.
3.
LARUTAN PENUNJUK UMUM.
CARA
MEMBUATNYA
Larutkan
0.26g bromotimol biru, 0.025g timol biru, 0.0625 g metil merah
dan 0.5 fenoftalin dalam 500 cm3 etanol. Tambah air suling
supaya menjadi 1 liter.
4. LARUTAN
MILLON ( Lebalkan Racun)
CARA
MEMBUATNYA
Penyediaan
Larutan millon mestilah dijalankan dalam akmari wasap sahaja.
Mula-mula ambil sebuah bikar bersaiz 500 cm3 dan isi dengan
100 cm3 merkuri.(AWAS). Dengan teliti campurkan 90 cm3 asid
nitrik pekat. Suatu tindak balas berhenti. Cairkan larutan
tersebut dengan air suling mengikut keperluan masing-masing.
5. LARUTAN
RINGER:
Untuk
mengawetkan tisu-tisu haiwan
Ujikaji-ujikaji tertentu,khasnya ujikaji fisiologi, memerlukan
tisu-tisu haiwan direndamkan dalam larutan Ringer supaya tisu
itu tidak cepat mati. Sebenarnya larutan Ringer ialah larutan
yang isotonik dengan bendalir sel dalam tisu itu. Kandungan
larutan Ringer bagi haiwan-haiwan yang berlainan adalah
berbeza-beza. Untuk menyediakan larutan Ringer, anda hanya
perlu larutkan bahan-bahan kimia yang berikut dalam air suling
menjadi tepat 1 dm3.
a) Untuk
Tisu Mamalia:
natrium
klorida 8.0g
kalsium
klorida 6H20 0.2g
natrium
bidrogen karbonat 1.0g
kalium
klorida 0.2g
magnesium
klorida 6H20 0.1g
natrium
dihidrogen fosfat 0.05g
b) Untuk
Tisu Amfibia
natrium
klorida 0.5g
natrium
klorida 6H20 0.12g
kalium
klorida 0.14g
natrium
hidrogen karbonat 0.20g
c) Untuk
Embrio Ayam
Natrium
klorida 7.0g
Kalsium
Klorida 6H2O 0.24g
Kalium
Klorida 0.42g
d) Untuk
Serangga
Natrium
Klorida 7.6g
Kalsium
Klorida 6H2O 0.22g
Kalium
Klorida 0.75g
Magnesium
Klorida 6H2O 0.19g
Natrium
dihidrogen Karbonat 0.37g
Natrium
dihidrogen Fosfat 0.48g
e) Untuk
Cacing
Natrium
Klorida 0.0g
Kalsium
Klorida 6H2O 0.2g
Kalium
Klorida 0.12g
Natrium
Hidrogen Karbonat 0.1g
|