|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
Projek 60: 40 Nisbah Bilangan
Pelajar Sains & Teknikal
Berbandingan Dengan Bilangan
Pelajar Bukan Sains & Teknikal
SMK Chabang Empat, Tumpat,
Kelantan.
ORGANISASI
Pengerusi :
Pengetua
( En. Khairul Anwar Khairuddin)
Naib Pengerusi :
Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohammad bin Hamid
Setiausaha :
Guru Kanan Sains & Matematik
( Hjh. Nazirah bt. Adnan )
Ahli Jawatankuasa : Tuan
Haji Mohd Rusdi B. Mohd Taib (Guru Cemerlang )
Tuan Haji Fauzi B. Jusoh
( Kanselor )
Puan Nek Nariah Bt.
Jenal ( K.Panitia Matematik)
Puan Nik Aishah Nik
Mustapha ( K.Panitia Sains)
Puan Jawahil Bt. Awang
( Ketua Panitia Sains Tulen )
Cik Hjh. Nazirah Bt.
Adnan ( Penyelaras Sains Ting.3 )
En. Ab.Razak Muhamad
( Penyelaras Mat. Ting . 3)
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan
negara kita telah dan sedang melalui pelbagai kemajuan dan
reformasi. Kebelakangan ini, kemajuan dan refomasi yang
dolaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semakin
pesat ke arah pencapaian wawasan 2020.
Oleh itu sekolah perlu
memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga mahir untuk
memberi komitmen sepenuhnya kepada sistem pendidikan negara.
Kini bilangan pelajar yang mengambil elektif sains dan
teknikal amat berkurangan . Sekolah Menengah Kebangsaan
Chabang Empat hanya mempunyai 14% aliran sains bagi tahun
2001 berbanding dengan pelajar bukan elektif sains.
Langkah-langkah
penting perlu supaya bilangan pelajar aliran sians mencukupi
untuk mengisi jawatan saintis demi mencapai hasrat negara maju
pada tahun 2020.
Sekolah Menengah
Kebangsaan Chabang Empat juga tidak ketinggalan dalam mencari
strategi untuk menghasilkan projek 60:40 iaitu nisbah bilangan
pelajar sains & teknikal berbanding dengan pelajar bukan
sains & Teknikal.
2.0.
OBJEKTIF
2.1
Mempertingkatkan bilangan pelajar mengambil mata pelajaran
elektif sains & teknikal.
2.2. Meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saian ,
matematik dan teknikal.
2.3. Meyakinkan
kepada pelajar yang layak mengambil elektif sains tetapi
tidak memilih untuk mengikutinya.
2.4. Meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
IT.
2.5. Memupuk
minat pelajar meneruskan pengajianya di aliran sains.
2.6. Mewujudkan
pelajar yang tekun dan dedikasi dalam penggunaan alatan
sains.
2.7. Mewujudkan
pelajar berfikiran Kreatif dan Inovatif.
4.0. STRATEGI
Sekolah Menengah
Kebangsaan Chabang Empat telah dan akan melaksanakan beberapa
strategi dalam mencapai objektif projek.
4.1. Sebaran Maklumat
Strategi ini khususnya
dipertanggungjawabkan kepada kaunselor sekolah.
Kaunselor telah dan
akan :
4.1.1. Menyampaikan
mesej kepada pelajar dan ibu bapa mengenai
kepentingan sains dan teknologi.
4.1.2. Menyatakan
peluang-peluang kerjaya bagi pelajar yang telah berjaya
setelah menyertai pakej
elektif sains.
4.1.3. Mendedahkan
dengan kejayaan atau kegunaan sains masa kini sebagai
rangsangan
untuk memupuk sikap dan minit pelajar terhadap sains seperti
Kejurutera
Genetik dan Teknologi Angkasa Lepas.
4.1.4. Menekankan
terhadap pentingnya elektif sains dalam mencapai wawasan
2020.
4.1.5. Kerjaya bagi
kelulusan elektif sains dipamirkan di papan-papan
kenyataan
disetiap blok bangunan sekolah.
4.2. Membina Keterampilan
Guru
Hasil kajian yang
dijalankan menunjukkan guru-guru yang mengikuti kursus
perkhidmatan di maktab atau di universiti tidak mncukupi untuk
menjadi guru yang berkesan. Guru-guru ini masih memerlukan
latihan dalam perkahidmatan dalam menghadapi suasana sebenar
disekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah dan
akan :
4.2.1. Berbincang dan
berkongsi idea untuk menyelesaikan pengajaran dan
pembelajaran melalui panitia.
4.2.2. Mengadakan
kursus dalaman
|
Pengisian
|
Sasaran SWU
|
Tindakan
|
|
Motiwasi
Pedagogi
Konsep & Prinsip
Penilaian
Penyelidikan
Pengurusan
|
Semua
Sains & Matematik
Sains & Matematik
Semua
Semua
Sains & Matematik
|
Kaunselor
Guru Cemerlang
Guru Cemerlang
Pengetua
Pengetua
Guru Kanan
|
Pendekatan yang
digunakan ‘ Hands On ‘ , lawatan sambil belajar/ Bench Mark
main peranan bermodul sumbangsaran tunjuk cara kuliah dan
lain-lain .Lokasi yang digunakan sama ada di dewan sekolah ,
pusat sumber pendidikan negeri, pusat kegiatan guru, hotel dan
resort.
4.2.3. Mengalakkan
guru-guru membuat kajian tindakan dalam menyelesaikan
masalah tidak minat pelajar dalam sains dan teknologi
4.2.4. Mengadakan lawatan ke Institut Sainstif .
4.2.5. Mengambil
kawasan sebagai projek untuk memelihara ekologinya.
4.2.6. Memberi
pengalaman pendidikan kepada pelajar dengan cara sandaran di
Intitusi
Pendidikan Tinggi atau Intitusi Penyelidikan.
4.2.7. Menjemput ahli
sains yang pronimen untuk memberi ceramah tentang
kerjaya
serta kejayaan mereka.
4.2.8. Mengadakan
pameran Sains & Teknologi.
4.3. Aktiviti Ko Akademik.
Sekolah Menengah
Kebangsaan Chabang Empat telah mewujudkan persatuan Sains &
matematik, kelab Reka Cipta, Kelab Komputer dan lain-lain.
Setiap kelab/persatuan
akan menjalankan aktiviti masing-masing, aktiviti-aktivitinya
ialah Kuiz Sains nasional, Kuiz Sains Alam Semulajadi,
Kuis sains Angkasa Sekolah menengah, Eseiton, Olimpiad
matematik kebangsaan, Kuis Fizik ( Jun), Australian national
Chemistry Quiz Ancq ( Jun), Projek Science Across Asia
pasifik ,
Prias, Cereka Sains , Puisidra,
Kem IT, Kem Sains (Mac), Pertandingan Inovasi Sains & reka
cipta.
4.4. Pemantauan dan
Penyeliaan
Sekolah Menengah
Kebangsaan Chabang Empat telah membuat pemantauan dan
penyeliaan di Pejabat sekolah. Fokus utama adalah bimbingan
profesional di mana guru-guru cemerlang akan memberi idea baru
dan berkongsi idea dalam penyelesaian cabaran pengajaran dan
pembelajaran melalui panitia.
Penyeliaan juga
ditumpukan kepada makmal Sains dengan mempastikan
a) Makmal
mempunyai peralatan yang mencukupi dan berkualiti.
b) Menyediakan
kot makmal dan cermin mata keselamatan dalam makmal sains.
c) Mendapat
bahan sumber yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran Sains.
d) Melanggan
media bercetak tentang Sains dan Teknologi.
e) Mewujudkan
taman teknologi di sekolah
f) Mewujudkan
suasana makmal dengan mural yang berkaitan dengan mata
pelajaran berkenaan termasuk kerjayanya.
4.5.
Perjumpaan Berkala Bersama Pengurusan Sekolah.
Sekolah Menengah
Kebangsaan Chabang Empat telah menetapkan bahawa perjumpaan
diadakan pada tiap-tiap hari Ahad jam 11.30 - 1.00 tengah hari.
Fokus utama perbincangan ialah:
a) Post
Mortem TOV, pencapaian & status semasa prestasi mata
pelajaran Sains dan teknikal.
d) Trend
pemilihan mata pelajaran secara pakej.
e) Laporan
aktiviti peningkatan prestasi mata pelajaran Sains & Teknikal,
peningkatan sekolah dari segi status kejayaan dan cabaran.
d) Mengenal
pasti program sokongan lain.
e) Indikator
pengurusan Sains & Teknikal Cemerlang.
4.6 Pelaksanaan ujian
pengesanan Sains & Matematik
Semua pelajar akan
menjalani ujian pengesanan Sains & Matematik yang dianjurkan
oleh JPN.
Guru mata pelajaran
telah membuat analisa ke atas soalan-soalan popular yang
diperolehi oleh pelajar.
Bimbingan seterusnya
adalah berdasarkan soalan-soalan yang pelajar tidak tahu
atau tidak mendapat sebarang markah. Analisa ini digunakan
sehingga ujian berikut dijalankan dan bimbingan diberi
berdasarkan analisa yang baru dibuat.
|