|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
SEJARAH MAKMAL SAINS SMKB
Makmal sains SMKB
mula dibuka pada 9 Januari 2002 dengan diterokai oleh dua
orang Pembantu Makmal iaitu Ramle Ismail (Ediramle Ismail)

dan
Rosidah Abdullah.Ketika itu Sekolah Menengah Kebangsaan
Berangan baru saja dibuka. Sebagai sebuah sekolah yang baru,
tentu saja peralatan dan radas-radas sains belum lagi terdapat
di sini.
Pada Pertengahan bulan Januari 2002,
Pelajar sudah dibenarkan masuk dan
belajar di makmal yang dimulai oleh ketua panitia Sains
pn. Nor Azlin Yunus yang baru saja
dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
Memandangkan pelajar sekolah ini (ketika
itu) hanya
terdiri daripada tingkatan 1 dan 2 sahaja yang berjumlah 10
kelas kesemuanya, kami hanya menggunakan 3 buah makmal di
tingkat bawah. Tiga lagi makmal di
tingkat atas masih belum digunakan untuk
proses pembelajaran sains.
Makmal SMKB berubah dari hari ke sehari.
Kami Pembantu Makmal dan Guru-guru sains merancang untuk
membuatkan makmal SMKB sebuah makmal yang baik , kemas dan
menarik.
Beberapa tulisan pada dinding makmal
telah mula diukir dan kami menamakan makmal-makmal SMKB dengan
nama-nama saintis Islam.
6 buah makmal dinamakan masing-masingnya
dengan nama makmal Ibnu Haiyan, Makmal Ibun Khaldun, Makmal
Ibnu Sina , Makmal Al- Nafis, Makmal Al-Kindi dan Makmal Al-
Biruni .
Untuk menyeragamkan nama-nama tersebut,
pada tingkat bawah dinamakan dengan Makmal IBNU dan di Tingkat
atas dinamakan dengan nama makmal AL.
Jun 2002 , Rosidah Abdullah telah
bertukar ke Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan tempatnya
digantikan oleh Pn. Zaikasuna Mohammad Darus yang bertukar
dari Politeknik Dungun, Terengganu.

Rosidah Abdullah - Sekarang khabarnya bertugas di SM Raja
Sakti, Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan.
Jun 2002 juga merupakan detik-detik
bersejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan kerana pada
20 Jun 2002 Sekolah ini telah dirasmikan
Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan.
Peralatan Makmal kini telah beberapa kali
diterima daripada tender kementerian membuatkan Makmal SMKB
mulai dapat menjalankan ujikaji untuk pelajar pada bulan Jun
2002. Kami berhasrat untuk memberikan khidmat yang terbaik
untuk memajukan anak-anak bangsa dan warga SMKB seluruhnya
dalam kemahiran Sains .
Kini tahun 2006, pelajar sekolah ini
telah hampir seribu orang dan pelajar yang awal telah berada
dalam tingkatan 5.
|