|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
KESELAMATAN MAKMAL
1. KESELAMATAN MAKMAL SAINS
1.1 BAHAN KIMIA
Terdapat berbagai-bagai jenis bahan
kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains
sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar,
mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang
mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar
hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen yang
melibatkan bahan kimia.
Jika pipet digunakan untuk mengukur
isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan
untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.
Mesti berhati-hati serta cermat bila
menggunakan bahan-bahan berikut:
1.1.1 Pepejal Mudah Terbakar
Logam Natrium dan Kalium
hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin
atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.
Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam
air dan jangan dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan
ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk
menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan
fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah).
Bahan pengoksida yang kuat (misalnya
klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik)
mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah
teroksida.
Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal
mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya dan kaedah
penyimpanan masing-masing.
1.1.2 Cecair Mudah Terbakar
Cecair mudah terbakar yang banyak
seperti yang terdapat dalam botol “Winchester” hendaklah
disimpan pada aras terbawah dalam almari . Almari ini harus
mempunyai tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada
botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas
dan hendaklah terhindar daripada bara api dan sumber elektrik
kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan
menggunakan kukus air. Jauhkan cecair mudah terbakar daripada
sebarang sumber nyalaan.
Jadual 2 menunjukkan beberapa cecair
yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-masing.
Jadual 2: Bahan Kimia (Cecair) Mudah
Terbakar
|
Bahan
|
takat kilat /C (Sambaran)
|
|
Propana
Dietil eter
Dimetil eter
Karbon disulfida
Aseton
Sprit petroleum
metanol
Etanol
|
- 104
- 45
- 41
- 30
- 18
- 17
10
10
|
1.1.3 Bahan Kimia Mengkakis
Contoh bahan-bahan kimia bersifat
mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid nitrik, asid
hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik,
ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol,
cecair bromin, kalium manganat (VII) dan argentum nitrat.
Elakkan anggota badan daripada tersentuh
bahan-bahan tersebut. Pengendalian bahan kimia ini hendaklah
dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata
keselamatan serta sarung tangan keselamatan.
Sekiranya sebahagian badan terkena
bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah segera
dibilas dengan air yang berlebihan.
Selalunya , jika amali melibatkan bahan
kimia mengkakis dengan bahan organik, kuantiti yang kecil
sahaja digunakan.
1.1.4 Bahan Kimia Beracun
Eksperimen dengan gas beracun mesti
dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk menyedut
keluar cacair yang beracun.
Seseorang yang menggunakan bahan kimia
beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan sarung
tangan keselamatan getah. Selepas eksperimen, tangan
hendaklah dibasuh.
Jika mata untuk kulit ternena bahan
kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak. Sebagai
langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati.
(A) Langkah Keselamatan
Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai
kesan yang boleh memudaratkan. Oleh itu langkah keselamatan
mesti diberi perhatian.
(i) ANILINA mudah menyerap ke dalam
kulit.
(ii) BENZENA jika dihidu
sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh
menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika
boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beraacun
misalnya toluena atau xilena.
(iii) WAP BROMIN adalah merbahaya
kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga membahaya bila
bersentuhan dengan kulit.
(iv) KARBON DISULFIDA boleh menyerap
ke dalam kulit dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah
terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah.
(v) WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana)
adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
(vi) KLOROFORM (Triklometana) adalah
beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
(vii) HIDROGEN SULFIDA sama beracun
seperti hidrogen sianida, tetapi ia bukanlah racun yang
menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja.
(viii) MERKURI mesti dipanaskan hanya
di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi jika tidak
dipanaaskan langsung. Wapnya ADALAH SANGAT merbahaya.
(ix) SULFUR DIOKSIDA adalah
beracun.
(B) Peraturan Penyimpanan
Penyimpanan bahan kimia
hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
(i) Semua botol reagen
bahan kimia mestilah dilebel dengan jelas dan lebel itu
hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa.
Bagi-bahan kimia yang beracun
dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.
(ii) Bahan kimia tidak sepatutnya
disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan dalam stor
bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik. Rak
menyimpan bahan ini mestilah bertubir untuk mengelakkan botol
daripada jatuh.
(iii) Cecair meruap dan lain-lain
cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam tempat khas
yang kalis api.
(iv) Bahan kimia yang beracun
hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di dalam stor.
Penggunaannya mestilah direkodkan.
(iv) Di dalam makmal tidak digalakkan
,menympan cecair yang lebih daripada 500cm3. Bahan
kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber
yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilah
dirawat mengikut cara yang betul.
1.1.5 Amalan Keselamtan Bagi tumpahan
bahan Kimia
Sebarang tumpahan bahan kimia adalah
berbahaya, kerana ia menyebabkan kebakaran, kemalangan dan
mengeluarkan wasap toksik.
(i) Bahan pepejal kering : Bahan
ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas sisa buangan
yang sesuai.
(ii) Larutan (Asid) :
Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air berlebihan.
Pepejal Natrium Hidrogen Karbonat atau
laarutannya boleh digunakan untuk meneutralkan saki baki
tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air.
Peringatan : Apabila air disiram ke
atas tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan untuk
membersihkannya, haba terhasil dan asid akan terpercik. Siram
dengan air yang banyak untuk mencairkan asid dan ini akan
mengurangkan hasilan haba serta percikan asid itu.
i) larutan Alkali : Tumpahan larutan
alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan terus ke dalam
longkang.
Peringatan: Larutan alkali akan
menyebabkanlantai menjadi licin. ?Tabur pasir ke atas
tumpahan tersebut dan bersihkan.
i) Bahan berminyak
Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan
kain dan terus dibuang. Mop kawasan tumpahan dengan sabun dan
air dan lap hingga kering.
ii) Pelarut mudah Meruap : Tumpahan
pelarut mudah meruap akan meruap dengan cepat. Tumpahan ini
mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas.
Kaedah pembersihan adalah seperti berikut:
(a) Jika tumpahan itu sedikit, lapkan
dengan kain dan buangkan kain tersebut
ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.
Dan
b) Tumpahan yang banyak dimop sehingga
kering (Lakukan seperti kaedah di atas (i).
iii) Merkuri:
Tumpahahn merkuri merupakan punca biasa
wap merkuri dalam udara makmal . Jika merkuri tertumpah
pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran udara
yang cukup. Jika tumpahan yang berlaku adalah sedikit, litup
merkuri dengan serbuk sulfur. Penguntip merkuri boleh
digunakan untuk mengutip merkuri yang banyak.
* Peringatan: Pakai sarung tangan getah
keselamat semasa membersihkan sabarang
tumpahan.
1.1.6 Pelupusan
Satu senarai bahan kimia
yang beracun dan kaedah rawatan atau pelupusan yang sepadan
baginya hendalahdiadakan dalam makmal. Pelupusan bahan-bahan
kimia toksik hendakalh terlebih dahuludirujuk kepada jabatan
kimia,Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar unatuk
mendapatkan khimat nasihat.
|